Sunday, March 14, 2010

12

Aku mengemas semula isi kotak hijau yang bertaburan atas piano. Semuanya skor-skor original, piece-piece aku. Salah satunya Révolté in D minor, piece buat Natsumi. Satu piece agresif yang aku tulis, tujuh tahun dulu. Ketika itu cinta masih segar bugar. Aku sendiri tak faham apa perasaan aku tika menulis piece ini. Selain skor-skor yang separuh jalan, skor yang hanya ada tajuk tapi tidak tertulis notnya, tak ada yang lain mengisi kotak hijau ini. Aku patut buang kotak ni 2 tahun dulu.
TRIT TRIT! TRIT TRIT!
“Hello?”
“Moshi mosh!”
“Natsumi. What is it?”
“”Hey, honey. Relax. I’m sorry about yesterday okay?”
“Hm.”
“So...can I see you tonight?”
“I thought you’re going back to Japan.”
“Come on...how could I leave you now, in this state?”
“Hm.” Aku membetul-betulkan butang kemeja di hadapan cermin, malas hendak melayan Natsumi di awal pagi.
"Tonight I’ll cook...” sayup-sayup terdengar suara Natsumi di hujung corong telefon yang sudah aku biarkan di atas sofa. Mata aku lebih tertarik pada sekeping CD yang kemas terletak di atas TV. Kelmarin Marion beri pinjam CD ini, rakaman pertandingan piano di Malaysia. Aku segera pasang CD itu di player.
Peserta pertama, Bukan dia.

Aku fast forward. Masih bukan dia. Fast forward. Bukan dia juga. Fast forward. Dia yang terakhir.
Sebaik dia masuk, penonton menepuk tangan. Tapi longlai. Begitu sambutan untuk pianist yang anonymous. Gaun yang dia pakai juga tidak keterlaluan. Biru serba-serbi seolah lagu yang dimainkan nanti turut bertemakan biru. Emosinya longlai, seakan penat menanggung beban dunia, tapi dia tersenyum. Pertama kali aku lihat senyumnya penuh.
Untuk stage pertama, dia mainkan lagu pertama yang aku pelajari di Conservatoire, Fantasie Impromptu. Temponya tidak terlalu presto seperti Chopin, dia seakan menikmati pecah-pecah melodi dari piece ini. Pianissimo sekali caranya menekan gigi piano, tapi adakalanya dia menekan fortissimo seakan marah. Bunyi dari pianonya damai, buat aku lepa sebentar . Sebaik  dia selesai mainkan piece itu, segala penonton skeptikal yang hanya bertepuk longlai padanya di permulaan tadi kini bangun berdiri riuh meriah. Elia tunduk hormat, dan duduk semula di kerusi piano. Ya, dia masih ada piece kedua untuk stage pertama ini.
Ballade No 1 in G Minor op 23.
Chopin lagi? Aku faham piece pilihan pada stage pertama adalah bebas, tapi takkanlah kedua-dua piece pilihannya Chopin?
Biarpun kedengaran sedih dan menangkap hati aku bila dengarkan piece ini Elia mainkan, tapi aku lebih kesiankan dia yang tidak kenal komposer lain. Rugi! Kalau dari dulu dia belajar di Conservatoire, mesti dia dah jadi pianist unggul sekarang. Berbangsa Melayu, seperti ayah.
Entah, dalam jantung dan hati aku rasa ingin bimbing dia. Mungkin kerana dia Melayu? Mungkin. Aku nak jadikan dia pianist seperti ayah. Jangan dipandang rendah manusia yang janjikan bisiswa untuk dia. Jangan dipandang rendah manusia seperti nenek.
Di second stage, dia tak membuat persembahan pun. Sedangkan diumum dia harus mainkan piece dari Schubert. DIa menang tanpa bertanding. Alahai, nasib betul menyebelahi dia. Third stage, dia mendapat piece dari Chopin, lagi. Sehingga di skrin namanya bukan lagi tertulis Elia tapi “Chopin Girl”.
Nasib.
Itulah jugak yang membawa aku terserempak dengannya di kolej pagi ni.


 “Tell me the truth. How do you know my name?”
Aku tersenyum lihat dia yang mula marah-marah. Cute. Sebab selama ini aku berdepan dengan dia yang hampir kosong emosi. Sumpah dia tak sama dengan gadis yang aku tmui dalam pondok telefon tempoh hari.
“Dari borang biasiswa awak.”
I’ve always wanted to do that. To speak Malay freely, to someone who actually understand.
Elia nampak terkejut dengan kata-kata Melayu dari aku.
“Aw..awak..boleh cakap Melayu?” tanyanya dengan mata yang terbeliak.
“Ya, saya boleh dan selalu amalkan.”
“Belajar kat mana?”
“Saya ambik kelas bahasa ketiga.”
“Kenapa belajar bahasa ni?”
Aku terdiam. Aku belajar bahasa ini kerana ayah. Aku nak, bila aku jumpanya nanti kami boleh berbual panjang. Tanpa halangan bahasa. Sedangkan ibu sendiri sudah tak pandai berbahasa ini, jadi takkanlah aku nak matikannya macam tu saja?
“Wah! Saya pun dah penat cakap English! Bolehlah kita cakap bahasa Melayu je lepas ni.”
Aku mengangkat kening terdengar kata-katanya. Ya, memang itu yang aku harapkan.
“Awak harap nak jumpa saya lagi ke?” sengaja aku menduga dia, dan soalan aku buatkan dia lari anak mata. Kembali misterius sepeti dulu.
“Er..tak..takdelah...maksud saya..”
Dia tersipu. Adrenalin aku memuncak tiba-tiba, dan arahkan bibir aku berkata;
“Elia, will you come to Paris with me?”
Elia terkejut hebat. Banyak tanda soal terlukis dimukanya.
“What, you don’t want to?”
Elia masih belum pulih dari terkejut.
“Ke..kenapa saya??”
Aku diam. Mengecil mata memikir sesuatu.
“You want to know why? Come with me.”
Tanpa silu aku menarik tangannya pergi dari kafe kolej itu.